Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Perselisihan faham dipercayai punca wanita OKU dibunuh

Дата публикации: 23-09-2026 15:46:16


KUALA KANGSAR: Punca kematian seorang wanita yang dikatakan berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam di sini petang tadi dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham dengan suspek. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Tambahnya, polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki ... Read more
The post Perselisihan faham dipercayai punca wanita OKU dibunuh appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KUALA KANGSAR: Punca kematian seorang wanita yang dikatakan berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam di sini petang tadi dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Tambahnya, polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.

Katanya, lebih kurang pukul 2.38 petang tadi, pihak Balai Polis Kati menerima satu laporan berkaitan kejadian seorang perempuan Melayu berumur 49 tahun yang dijumpai mati di dalam sebuah rumah di Kampung Cheh Kati.

“Kejadian telah disedari oleh ahli keluarga si mati pada tarikh yang sama jam lebih kurang 2.15 petang yang terus membuat panggilan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, siasatan pihak polis mendapati ahli keluarga telah menyedari si mati berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Jelas Heisham, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping bagi tujuan bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohamad Fadhil Ab. Wahab, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Bapa, anak direman bantu siasatan kematian wanita OKU025.1324-09-2026
2Bawa tiga pisau kombat setiap hari018.5124-09-2026
3Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita023.5822-09-2026
4Tiga pelajar lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh021.0223-09-2026
5Sudut pandang CCTV cetus spekulasi polis ‘escort’ pencuri kabel024.6223-09-2026
6Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan022.7923-09-2026
7Женщина скончалась от ножевого ранения после конфликта с сожителем08.2625-07-2026
8Woman found dead in car in Kelowna; RCMP investigating-2611-07-2026
9В Симферополе женщина подозревается в причинении смерти знакомому06.1206-08-2026
10Prisión para el acusado de apuñalar con un cuchillo de cocina a su compañero de piso en Estepona04.9620-08-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 18.7. Источник: www.utusan.com.my.