Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Lagi cubaan seludup bunga ganja RM33.4 juta di KLIA tumpas

Дата публикации: 23-09-2026 04:02:05


SHAH ALAM: Cubaan menyeludup bunga ganja ke negara Eropah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tumpas membabitkan rampasan dadah berjumlah RM33.4 juta. Rampasan 671 plastik ketulan dadah seberat 418 kilogram (kg) itu dibuat dalam 10 kes berasingan membabitkan sembilan sindiket warga asing dan seorang ‘runner’ tempatan yang ditahan antara 28 Ogos hingga Isnin lalu. ... Read more
The post Lagi cubaan seludup bunga ganja RM33.4 juta di KLIA tumpas appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

SHAH ALAM: Cubaan menyeludup bunga ganja ke negara Eropah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tumpas membabitkan rampasan dadah berjumlah RM33.4 juta.

Rampasan 671 plastik ketulan dadah seberat 418 kilogram (kg) itu dibuat dalam 10 kes berasingan membabitkan sembilan sindiket warga asing dan seorang ‘runner’ tempatan yang ditahan antara 28 Ogos hingga Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, rampasan tersebut susulan siasatan dan penemuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA bersama Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Beliau berkata, semua warga asing yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan tujuh wanita berusia 17 hingga 62 tahun menjadi keldai dadah sementara ujian saringan air kencing mereka negatif daripada sebarang pengambilan bahan terlarang itu.

“Siasatan awal mendapati, modus operandi (MO) mereka adalah masuk ke negara ini sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial. Apabila pulang, mereka dikehendaki membawa bagasi yang bukan milik mereka.

“Itu antara taktik keldai dadah apabila mereka ditawarkan dengan bayaran tertentu berserta pakej pelancongan (di negara ini) yang ditanggung sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Shazeli menambah, menerusi tangkapan tersebut, polis turut merampas pelbagai barangan lain termasuk dua buah kereta Toyota Vios dan Perodua Alza serta wang tunai berjumlah RM37,700 dalam bentuk matawang asing.

“Semakan polis juga mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau. Enam daripada mereka sudah dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sementara enam lagi masih direman untuk membantu siasatan. Yang ‘runner’ seorang lelaki tempatan itu pula merupakan pembekal dadah, namun dia tidak mempunyai kaitan dengan sembilan sindiket lain,” jelasnya.

Katanya lagi, kesemua suspek dipercayai pertama kali terlibat dalam sindiket pengedaran dadah tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan tawaran kerja lengkap dengan pakej pelancongan di luar negara sehingga akhirnya terjebak menjadi keldai dadah,” ujarnya. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Kegiatan seludup rokok, arak tidak berkastam bernilai lebih RM25.7 juta tumpas024.7823-09-2026
2Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan022.7923-09-2026
3Пилота Malaysia Airlines задержали в Джакарте с 26 кг экстази09.7831-07-2026
4Sudut pandang CCTV cetus spekulasi polis ‘escort’ pencuri kabel024.6223-09-2026
5437 polis terima ganjaran kerana lapor rasuah029.3423-09-2026
6Tiga pelajar lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh021.0223-09-2026
7Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita023.5822-09-2026
8Detienen en Sri Lanka a 22 monjes budistas con 110 kilos de cannabis en su equipaje016.929-04-2026
9Deux palettes venues du Canada censées contenir des vêtements cachaient tout autre chose : huit personnes interpellées08.4409-09-2026
10Bapa, anak direman bantu siasatan kematian wanita OKU025.1324-09-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 25.02. Источник: www.utusan.com.my.