Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

PRU16 adalah ibu segala pilihan raya – Sanusi

Дата публикации: 24-09-2026 03:13:46


PETALING JAYA: Pilihan raya akan datang dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara apabila Pas menyasarkan untuk memperluas pengaruhnya ke beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyifatkan pilihan raya berkenaan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ sejak 1955, ... Read more
The post PRU16 adalah ibu segala pilihan raya – Sanusi appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Pilihan raya akan datang dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara apabila Pas menyasarkan untuk memperluas pengaruhnya ke beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyifatkan pilihan raya berkenaan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ sejak 1955, selain mengingatkan perkembangan Pas daripada hanya memiliki seorang Ahli Parlimen kepada 43 wakil di Dewan Rakyat ketika ini.

Menteri Besar Kedah itu berkata, perkembangan tersebut membuktikan Pas bukan lagi sebuah parti kecil, sebaliknya mempunyai kekuatan jentera dan organisasi di seluruh negara. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Kawasan Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Ahmad Tuan Hussin, Titi Serong, di sini semalam.

Menurut beliau, antara kekuatan Pas ialah kepatuhan ahli terhadap keputusan parti dan arahan pimpinan, termasuk kesediaan mengetepikan kepentingan diri demi keputusan bersama. Katanya, kekuatan berkenaan bukan hanya terserlah ketika pilihan raya, malah melalui pelbagai aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan yang digerakkan sepanjang masa.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menjadikan projek kerajaan sebagai sumber kepentingan parti dan pimpinan parti turut diingatkan supaya tidak melobi projek atau menggunakan kedudukan wakil rakyat untuk mendapatkan projek. 

Menurutnya, pendekatan itu turut diamalkan di Kedah sepanjang enam tahun beliau menjadi Menteri Besar.

Sehubungan itu, Sanusi menyeru rakyat Perak memberi peluang kepada Pas untuk mentadbir negeri tersebut pada pilihan raya akan datang, selain menyatakan sasaran parti mengambil alih pentadbiran Selangor dan Pahang, mengekalkan Terengganu, Kelantan, Kedah serta Perlis dan mencuba untuk memenangi kerusi di Pulau Pinang. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi0317-07-2026
2Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
3Ahmad Faizal kecewa kemelut PN bawa kesan besar024.6224-09-2026
4Wawasan persoal ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan PN025.4624-09-2026
5Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
6UMNO Pulau Pinang lebih utamakan kerjasama PH-DAP031.6124-09-2026
7Kepincangan dalam PN punca pendaftaran digantung RoS022.8824-09-2026
8Apa tujuan notis penjelasan jika keputusan gantung PN sudah dilaksana? – Tuan Ibrahim019.5124-09-2026
9Belum ada pihak ajak BN Melaka berunding022.524-09-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 9. Тональность: 0. Информативность: 25.64. Источник: www.utusan.com.my.